19 research outputs found

    Pendekatan psikologi dakwah menangani histeria remaja muslim di Selangor

    Get PDF
    Gejala histeria dalam kalangan remaja di Malaysia merupakan epidemik sosial yang telah lama berlaku dalam masyarakat. Kejadian tersebut mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran, psikologi, jasmani dan spiritual remaja. Pelbagai pendekatan pencegahan dilakukan oleh remaja dan pihak sekolah dalam menangani gejala yang berlaku, namun tidak menunjukkan pengurangannya. Oleh itu kajian ini bertujuan mengenal pasti konsep histeria, menganalisis faktor dan simptom histeria remaja, mengenal pasti pendekatan psikologi dakwah untuk menangani histeria, mengkaji kaedah pencegahan yang dilakukan remaja terhadap gejala histeria serta menganalisis hubungan antara faktor, simptom dan langkah pencegahan. Reka bentuk kajian adalah kajian tinjauan dengan menggunakan instrumen soal selidik dan temu bual. Seramai 122 orang responden yang mengalami histeria dari 10 buah sekolah di Selangor dipilih secara persampelan kelompok dan seramai 9 orang pelajar yang mengalami histeria ditemu bual. Temu bual turut dijalankan terhadap kaunselor, pakar psikiatri dan perawat perubatan Islam bagi menyokong dapatan kajian. Hasil kajian mendapati terdapat lima faktor histeria dalam kalangan remaja Muslim iaitu faktor psikologi, tekanan keluarga dan persekitaran, kepercayaan dan kebudayaan dan amalan keagamaan. Manakala dari aspek simptom, terdapat tiga bentuk simptom iaitu simptom gangguan emosi, psikiatri dan gangguan makhluk halus. Dari sudut pencegahan, remaja yang mengalami histeria kerap menggunakan pencegahan secara tazkiyah al-nafs, perawatan Islam dan psikiatri. Hasil analisis hubungan antara faktor dan simptom histeria mendapati faktor yang berhubung secara signifikan dengan ketiga-tiga simptom histeria adalah faktor psikologi, tekanan persekitaran dan kepercayaan dan kebudayaan. Manakala dari aspek pencegahan terdapat hubungan yang signifikan antara pencegahan tazkiyah al-nafs dan perawatan Islam dengan simptom gangguan emosi. Implikasi kajian dapat membantu pelbagai pihak dalam menangani punca dan simptom histeria remaja dengan menggunakan pendekatan psikologi 3 dakwah

    Sorotan histeria massa remaja Muslim di Malaysia

    Get PDF
    Histeria merupakan permasalahan sosial masyarakat yang sering didengari berlaku dalam komuniti. Gejala histeria yang berlaku sama ada secara individu atau kumpulan menunjukkan terdapat tekanan dalam kelompok atau mangsa yang membawa kepada ledakan psikologi yang ekstrim dan di luar kawalan. Histeria yang berlaku khusus dalam kalangan remaja di Malaysia kebanyakannya terjadi secara beramai-ramai atau berkumpulan. Gejala ini dikenali sebagai histeria massa atau histeria epidemik iaitu cetusan histeria yang melibatkan sekumpulan individu yang berkongsi keadaan tertekan dan emosi yang saling berhubung antara satu sama lain. Justeru dengan melihat kepada senario yang berlaku artikel ini ditulis untuk mengupas isu histeria massa dan menyoroti fenomena histeria dalam kalangan remaja Muslim di Malaysia. Kupasan isu ini menggunakan kaedah analisis kandungan dengan cara meneliti dokumen dan artikel berkaitan untuk mengenal pasti gejala histeria massa dalam kalangan remaja. Rumusan perbincangan mendapati histeria massa dalam kalangan remaja di Malaysia kebanyakannya bercorak mass motor hysteria (histeria massa motor) dengan orientasi tingkah laku ceraian (dissociative), iaitu tingkah laku fizikal ekstrim berbanding di Barat yang sering berbentuk mass anxiety hysteria (histeria massa kebimbangan

    Faktor gangguan emosi dalam fenomena histeria massa remaja Muslim

    Get PDF
    Gejala histeria beramai-ramai atau histeria massa adalah satu permasalahan sosial yang telah lama wujud di Malaysia. Histeria massa kebanyakannya terjadi di komuniti sekolah, asrama dan kilang. Di Malaysia, gejala ini lebih kerap ditemui dalam kalangan remaja Muslim di sekolah. Impak histeria massa mengakibatkan pelbagai kesan negatif terutama pada emosi dan keharmonian sosial. Epidemik yang berlaku menyebabkan suasana panik dan tegang serta merencatkan perjalanan aktiviti persekolahan. Oleh itu kajian ini bertujuan mengenal pasti faktor gangguan emosi dalam gejala histeria massa remaja Muslim di sekolah. Kajian menggunakan kaedah kajian tinjauan (survey) dengan penggunaan soal selidik sebagai sebagai alat kajian. Sampel kajian terdiri daripada 105 orang pelajar yang pernah mengalami histeria daripada beberapa buah sekolah sekitar negeri Selangor. Hasil kajian menunjukkan kejadian histeria massa adalah berpunca dari tekanan dan gangguan emosi yang berada pada tahap sederhana tinggi iaitu apabila ledakan tingkah laku histerikal muncul. Simptom histeria yang ditunjukkan menggambarkan unsur kecelaruan dan gangguan pada fungsi afektif. Di samping itu, kajian juga telah mengenalpasti beberapa jenis gangguan emosi yang boleh menjadi pencetus epidemik histeria dalam kalangan remaja muslim iaitu rasa bersalah atas kesilapan lalu, memendam rasa, membayangkan sesuatu yang menakutkan, kesedihan, kebimbangan, tekanan, panik dan takut. Implikasi daripada kajian ini dapat membantu pihak sekolah dalam menangani histeria massa dari terus berlaku dengan mengenal pasti faktor gangguan emosi tersebut

    Peranan Pendakwah Terhadap Religiositi Mualaf di Negeri Johor: Sebuah Sorotan Awal

    Get PDF
    Dakwah merupakan usaha penting dalam penyebaran agama Islam. Setiap individu Muslim mempunyai tanggungjawab untuk melaksanakan dakwah Islam melalui pelbagai cara mengikut kemampuan dirinya. Para ulama juga telah menggariskan panduan dalam berdakwah yang merupakan interpretasi daripada tauladan sunah Rasulullah SAW dan ayat al-Quran. Melalui usaha dakwah ini juga dapat membimbing individu yang dilembutkan hatinya untuk memeluk agama Islam dan meninggalkan agama lain. Golongan ini digelar sebagai mualaf dan tergolong dalam lapan kategori yang menerima bantuan zakat. Majlis Agama Islam Negeri Johor MAINJ menetapkan seseorang yang baru memeluk agama Islam dalam had tempoh selama 10 tahun sebagai mualaf sebelum diiktiraf sebagai mukalaf. Selama tempoh ini juga, pelbagai bentuk bantuan dan kemudahan diberikan kepada golongan mualaf untuk memperkukuhkan kebolehupayaan mereka bagi meneruskan kehidupan beragama Islam. Namun begitu, dengan segala bentuk bantuan yang diberikan, terdapat golongan mualaf yang terlibat dalam masalah gejala sosial, jenayah, tekanan emosi dan permohonan murtad yang menggambarkan ketidakmampuan melaksanakan kehidupan beragama Islam. Kehidupan beragama atau religiositi adalah amat penting dalam kehidupan seseorang dan memberi pengaruh yang besar terhadap personaliti, tindakan dan cara berfikir. Situasi ini mewujudkan persoalan mengenai apakah peranan pendakwah terhadap tahap religiositi mualaf dan di manakah tahap religiositi mualaf tersebut pada masa kini. Berdasarkan persoalan tersebut, kajian ini dilaksanakan dengan mengenal pasti peranan pendakwah terhadap mualaf dan mengkaji pengukuran religiositi yang sesuai bagi golongan mualaf di Johor. Kajian ini adalah kajian kualitatif menggunakan kaedah analisis kandungan terhadap sorotan karya terdahulu. Dapatan kajian menjelaskan peranan pendakwah dan menunjukkan Model Religiositi Muslim, yang digunakan sebagai dasar pembinaan inventori religiositi-personaliti Muslim adalah sesuai untuk digunakan kepada golongan mualaf dengan mematuhi prinsip-prinsip asas dalam pengukuran religiositi. Dapatan ini boleh dijadikan panduan dalam kajian yang berkaitan pengukuran religiositi mualaf

    The impact of personality trait on the relationship of emotional intelligence and self-esteem

    Get PDF
    Fundamental science of psychology often rooted in diversity theory that touching reality of human and humanity. Theoretical solution alone may not be able to unlock the psychological issues because it is closely related to affective, cognitive and human behaviour in the workplace. In this study, the issues in the workplace are referring to personality, emotional intelligence and self-esteem of employees. The specific purpose of this study was to test the effect of extraversion personality as a moderator towards the relationship of emotional intelligence and self-esteem of employees. A total of 196 civil servants in the Local Authority (LA) have been selected as respondents. Measurement tools that used is Eysenck Personality Questionnaire-Revised Short Form (EPQR-S), Emotional Intelligence Self-Description Inventory (EISDI), and Rosenberg Self-Esteem Scale (RSES). The data was analysed by using the hierarchical regression analysis. The finding shows that the two hypotheses are accepted. From this analysis as well, there was a moderating effect of extraversion personality on the relationship between emotional intelligence (perception and appraisal of emotion, and understanding emotions) with self-esteem of employees. The most important finding shows that extraversion personality serves as moderator when the relationship between emotional intelligence and self-esteem are enhanced if extraversion were on a high level. This is compared with the low levels of extraversion personality that causing on relationship of emotional intelligence with self-esteem more weaker

    The impact of personality trait on the relationship of emotional intelligence and self-esteem

    Get PDF
    Fundamental science of psychology often rooted in diversity theory that touching reality of human and humanity. Theoretical solution alone may not be able to unlock the psychological issues because it is closely related to affective, cognitive and human behaviour in the workplace. In this study, the issues in the workplace are referring to personality, emotional intelligence and self-esteem of employees. The specific purpose of this study was to test the effect of extraversion personality as a moderator towards the relationship of emotional intelligence and self-esteem of employees. A total of 196 civil servants in the Local Authority (LA) have been selected as respondents. Measurement tools that used is Eysenck Personality Questionnaire-Revised Short Form (EPQR-S), Emotional Intelligence Self-Description Inventory (EISDI), and Rosenberg Self-Esteem Scale (RSES). The data was analysed by using the hierarchical regression analysis. The finding shows that the two hypotheses are accepted. From this analysis as well, there was a moderating effect of extraversion personality on the relationship between emotional intelligence (perception and appraisal of emotion, and understanding emotions) with self-esteem of employees. The most important finding shows that extraversion personality serves as moderator when the relationship between emotional intelligence and self-esteem are enhanced if extraversion were on a high level. This is compared with the low levels of extraversion personality that causing on relationship of emotional intelligence with self-esteem more weaker

    The Implementation of Islamic Religious Guidance Classes Among Mualaf During the COVID-19 Pandemic Season

    Get PDF
    The COVID-19 pandemic that has hit the whole world has a great impact on the teaching and learning system, including in the implementation of Islamic religious guidance among mualaf at MACMA Johore State. This study aims to see how Islamic religious guidance classes are implemented among mualaf at MACMA during the COVID-19 pandemic. This study uses qualitative methods through interviews, observations and document collection to answer the research questions. The results of the study show that during the COVID-19 pandemic season, the converts followed the Islamic religious guidance class through the Google Meet application that had been prepared by the instructor. While the problem faced by converts is the difficulty in handling Google Meet, in addition to that, their understanding of the subject presented by the instructor is also reduced

    Psychospiritual guidance frameworks in dealing teenagers with delinquent

    Get PDF
    The phenomenon of current social phenomena that occur every day shows a wide range of social problems of society that are not only from the civic consciousness, family functioning and environmental issues, but the most important is the problem of morale, morality and personality among the youth. Symptoms such as bullying, smoking, damaging public property and stealing which are common and unstoppable eventually lead to heavier crimes such as robbing, killing, sex and drug addiction. The act is known as delinquent among the underage adolescents while for the youth is devian or criminal behavior. This situation undermines public order and social harmony that is responsible for every member of the community to save the youth from continuing to a more dangerous scene. Thus a preliminary study of interventions and guidance from the islamic psychospiritual is identified as a step towards addressing delinquents. The objective of the article is to identify the dimensions of Islamic psychospiritual according to the views of Islamic and Western psychologists. In achieving the objectives the content analysis method (content analysis) is done. The findings show that is an integrated psychospiritual framework involves psychological and spiritual guidance in dealing with delinquent youth. The implication of this study is expected to provide early information on integrated guidance from psychospiritual dimension towards teenagers with delinquent symptoms

    Simptom histeria dalam kalangan remaja sekolah di Malaysia

    Get PDF
    Histeria merupakan satu permasalahan sosial yang banyak berlaku dalam kalangan remaja sekolah di Malaysia. Fenomena histeria yang terjadi kepada pelajar di beberapa sekolah di negara ini memberi kesan negatif yang memudaratkan sama ada dari sudut psikologi, jasmani mahupun spiritual. Dalam menangani gejala histeria, simptom histeria harus dikenal pasti terlebih dahulu agar langkah pencegahan yang bersesuaian dan tepat dapat disarankan. Hasil kajian kepustakaan yang dijalankan mendapati simptom-simptom histeria dapat dikenal pasti melalui tiga sudut kategori iaitu simptom dari sudut psikologi, psikiatri dan perawatan Islam. Dari sudut psikologi, simptom histeria ialah pelajar mengalami gangguan perasaan dan emosi seperti murung, bimbang, tertekan, mudah marah, sensitif terhadap persekitaran dan mengalami masalah psikologi yang lain seperti masalah penyesuaian kendiri, kemahiran menghadapi masalah dan sebagainya. Manakala dari sudut klinikal, simptom histeria yang ditunjukkan dapat dikenal pasti melalui dua jenis simptom iaitu sindrom ceraian (dissociative hysteria) dan sindrom jelmaan (conversion disorder). Sudut perawatan Islam mendapati simptom histeria ialah berupa gejala kerasukan seperti menjerit, meracau, bertindak agresif dan di luar kawalan, menangis, tidak sedarkan diri dan menunjukkan gangguan dirasuk oleh jin dan syaitan. Keseluruhan simptom ini secara umumnya ialah simptom-simptom yang membawa kepada gejala histeria pada remaja sekolah di Malaysia

    Islamic Scholars in Malay Archipelago: Sheikh Daud al-Fatani (1769-1847M) Contribution‘s in Fiqh al-Shafie

    Get PDF
    Malay world had produced scholars who expert in fiqh, akidah, akhlak, Sufism, and another area. They actively disseminated Islam to local residents by producing plenty of publications as a valuable legacy to the Muslims, especially in the Malay archipelago. Among the scholars was Sheikh Daud bin Abdullah al-Fatani is known as a prolific scholar in various areas. However, his work in fiqh al-Shafie given less attention compared to other areas. This article examines the contribution of Sheikh Daud in writing descriptively and analyzes the works of fiqh al-Shafie. In order to achieve the objectives outlined, this article used the method of content analysis of these texts being entitled Bughyat al- Tullab, al-Saidu Wa al-Zabaih, al-Bahjat al-Saniyat, Mun al-Musalla, and Al-Hidayah Muta'allim. In addition, the method of semi-structured interviews was conducted to obtain additional data associated with the topic. The results showed Sheikh Daud gave a significant contribution to the development of Islam in the region of Malaya with the publication of scientific writing in the Fiqh Shafie area. He was able to do islah to the community around her by produced books and manuscripts. Those publications are still cited today
    corecore